|
|
| Friday, 25-Jan-2008 06:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hujan Di UM
|
|
Rasanya ni kali kedua Hujan perform kat UM. Dulu masa mula-mula dula tak ramai orang datang tengol. Al-maklumlah masa tu Hujan baru lagi. Tapi aku sempat tengok jugaklah diorang perform. Melalui youtube ajo. Hik3.
Hujan merupakan band jemputan bagi memeriahkan lagi Pertandingan Talent Search. Ramai giler student-student UM yang turun. Aku rasa orang luar pun ramai jugak. Sebab tengok pakaian diorang ni lain macam je. Tak macam student. Jadi tanpa proper planning aku, Kim, Acong, Amir the Sheep telah buat kata sepakat untuk pergi. Sampai agak lewat jugaklah. Tinggal sorang je lagi perserta duk menyanyi. Pastu Hujan pun kuar na perform.
Aku rasalah orang ramai datang ni bukan nak tengok Talent Search. Sebab muka masing mengantuk je nak tunggu habis. Semua nak tunggu Hujan Keluar. Masa Hujan keluar. Si Noh baru cakap "check-chek...". Raingers secara automatiknya sambung "rock-rock!!" Fenomena betul Hujan nih. Dasyat. Lagu dimulakan dengan Bila Aku Tiada, Aku Skandal, Pagi Yang Gelap dan akhir sekali Empayar Mu. Tengok gelagat rainger-rainger di UM, agak sopan je. Hik3. Mungkin diorang tak leh nak moshing kut. Kang ada kena halau dek pak guard lak. Tapi selamber je ada moshing kat belah atas. Tapi sayup-sayup je. Kira tak persan lah dalam gelap. Seronok nampak gayanya.
Lagi satu, mungkin asing bagi aku. Ada protester kat situ. Isk..tak sangka Malaysia Hari Ini sungguh berani bersuara sedemikian. Biar pun kita ada freedom of spech. Tapi kat UM lak tuh. Yang si Acong lak gi bantai berdebat ngan minah-minah tu. Agak lama gak la. Aku gi amik gambar semua, dah siap semua. Aku tengok tak habis lagi. Baru aku perasan, sign diorang "Berhenti Mendiskriminasi Terhadap Wanita Dan Gay". ooohhh...itulah yang didebatkan oleh Acong. Hehehe. Kenapa diorag xpakai Lesbian. Ada ke pakai wanita. Apalah korang nih, tapi korang nih berani. Tak malu ke..tak la tu. 'Ku popular ditakdir mu, Budak hingusan homo serta baru..lalalalalalalala....."
Berbalik kepada Hujan. Secara keseluranannya. Hujan telah melaksanakan tugas mereka dengan baik. Walaupun dengan drum yang agak 'comel'. Bunyi amp pun yang agak 'kiut'. Aku percaya rainger-rainger dapat menonton Hujan dalam keadaan yang selesa dengan hanya menyanyi dan mengoyangkan kepala sebanyak 15 darjah je kerana mereka tak perlu mengasak diasak dihimpit untuk menonton. Lepas ni kita tunggu lagi entry terbaru untuk Hujan.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-Jan-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Animation Night IKB
|
|
Aku telah dijemput oleh En. Azwan ke Animation Night di. ???? En. Azwan ni merupakan lecturer di situ dan juga merupakan ketua Fakulti ???Sebenarnya aku pun xtau apa yang ada di Animation Night ni. Katanya ada exhibition artwork student nya ngan animation pendek yan dihasilkan oleh pelajarnya. Dalam hati aku pun berkata “ooooo…” hehehe..Jangan marah ye Wan.
Ari tu Aku pun beria lah balik keje awal sebab nak kejar ke sana, Takut kang xsempat lak. Katanya “ko kena sampai awal, majlis start kul 8”. Tepat pada masanya, sampai lah aku pada masa yang dijanjikan. Hmmm..dia bagi aku tempat vip. Aku dah gelabah itik dah..ishhh apa ni..dengan muka bersahaja aku kool je, hik3…
Sambil-sambil nak tunggu animationnya presentation tu ada lah sket perform dari student. Ada karaoke, band (apa dah nama band tu. Aku lupe dah. Aku penah dengar lagu diorang kat space. Apa nama band tu Wan??) dan shuffle dance. Baru aku tau. Oooo inilah shuffle.. ermm okay . Last sekali barulah animation. Adalah dalam 5 – 6 animation pendek. Bleh mengantuk gak lah dibuatnya. Tapi xleh lah nak expect tinggi-tinggi. Studentnya arwork. Bukan tahap professional lagi. But good try lah kan. Dah siap dah semua tu. Ada lah cabutan betuah. Gembira je orang-orang yang bertuah u dapat hadiah.
Kat exhibition tu ada gak lah artwork student yang mengkagumkan aku. Macam lukisan 2D, airbrush (kasik 1 airbrush transformers tu leh?), khat dll. Acara last skali mcm biasalah, acara santapan vip. Aku pun makan je la sambil duk dengar diorang sembang pasal anime. Aku dah mati kutu dah. Sikit-sikit tau lah kalu setakat Naruto tu. Ni anime apa-apa tah lagi. Aku pun dah blur dah apa yang diorang cakap. Jadi aku pun focus kat makanan aku yang gile sedap. Dah perut tengah lapar..Semua sedap..Hik3
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 19-Jan-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sampaikan Hello 2008
|
|
Macam biasa, selepas meniliti buletin di space. Aku mengajak kengkawan nak gi tengok Hujan perform kat Mystique. Xde sorang pun nak gi tengok sebab ramai dah tengok diorang perform sebelum tu. Kat mana tah hujan perform sebelum tu. Aku je yang lama dah x tengok diorang main. Malam tu aku nekad jugak nak gi tengok Hujan. Sorang pun jadi lah.
Nak dijadikan cerita, tengah-tengah lepak nak tunggu masuk. Alih-alih ada lak mamat ni. Bro Acong and friends. X berjanji apa pun. Tetiba muncul. Huhuhu..ada geng jugak. Tapi aku pun lupe nak kontek dia ni sebelum datang. Xpelah..yang penting aku x berseorangan.
Yang frustnya masa kami nak masuk tu kena cover charge rm15 sorang. Uishh.. heran betul..Sebab apa yang kami tau masuk free. Kat buletin pun kata admission free. Last-last pasrah je la bayar sebab dah alang-alang datang. Xkan nak balik lak kan.
Bila dah masuk terkejut kali kedua pulak. Aku tengok lain macam je setting stage diorang ni. Siap ada kamera pasal nih. Rupa-rupanya TV3 live show. Semua orang xtau. Hmmm bile dah live show tau je lah.. Organizer siap bagi tau awal-awal lagi, crowd kena behave. Kami xdibenarkan moshing. Alamak, kena duk diam je la kat bawah.
Malam tu yang ada perform Combat from The Pilgrim, Meet Uncle Hussein, Dayang, Fazly Zainal, JayJay and Hujan. Ni aku highlight skit je la. Start show Combat main 2 lagu ngan musik surf. Pastu MUH, macam biasa. Bawa lagu hit diorang. Crowd dengan pasrahnya goyang setempat je. Show baru je mula. Xkan nak moshing gile-gile kut. Last skali penutup Hujan. Macam biasa rainger-rainger sing along together sampai abis lagu. Crowd tetap xleh nak moshing. Last-last masa show dah abis. Organizer kasi lampu hijau je. Diorang apa lagi. Terus serbu ke depan. 1 lagu je sempat moshing. Pastu abis. Xpuas langsung. Aku rasanya xberbaloi lah masuk tengok diaorang main dengan rm15. Sekejap sangat.Bukan nak salah kan sesiapa. Sebab diorang pun xtau yang ni adalah show tv. Disebabkan informasi x clear di situ. Ni aku rasa pihak bar yang kena kan coer charge ni. Hehehe.. Pepandai je aku wat spekulasi sendiri. Pastu aku nak memuaskan hati sendiri aku gi layan makan chicken chop kat uptown. Huh lagi best.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Jan-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Campur Chart Goes Live - Laundry Bar The Curve
|
|
Kali ni Hujan perform di Laundry The Curve. Aku macam biasa memalaskan diri untuk pergi awal. Bajet dapat la tempat nak mencelah nak duk kat depan nak shoot gambar. Tapi kali ni memang giler lah. Dah lama hujan x perform. Ni 1st performing Hujan selepas sebulan berpuasa. Macam last time aku pegi xde lah manusia seramai ni. Kali ni sardin. Sampai guard pun dah start kawal xbg orang masuk.dah. Mana tak nya. Dah la free. Sape nak melepaskan peluang bende free.
Dengan perasaan hiba bercampur baur ngan menyesal skit sebab datang lambat. Last-last layan gak lah rock n roll Hujan ngan rainger-rainger lain kat luar bar. Raingers ni pakat tengok skrin pun jadi gak layan moshing. Memang xleh nak buat apa dah. Setiap lagu Hujan mereka sing along together. Hujan memang membawa satu fenomena baru kepada lagu-lagu yang berbahasa melayu.
Kagum aku terhadap Hujan yang berjaya mengekploitasi musik berbahasa melayu sampai ke tahap ini sehingga memberikan impak maksima kepada scene tempatan. Pelbagai label, produk, komuniti, band dll tumbuh bagaikan cendawan turut mengunakan bahasa melayu sebagai label mereka. Scene sekarang tidak seperti scene 10-15 tahun lepas. Kepada "OrangLama" yang masih di scene ini mesti mereka tau kan akan peredaran zaman sekarang kan? Jangan salah paham, aku bukanlah OrangLama..hehehe.. Kang korang salah paham lak. Bezanya sekarang ni pelbagai media boleh digunakan untuk mengenengahkan satu-satu benda sehingga lah ia menjadi komersil.
Berbalik kepada kat Laundry tadi. Dah habis Hujan perform. Raingers semua keluar. Ni nak tgk Hujan je ke ni. Crowd dah xde dah. isk isk..x patut. Ahli Fiqir selepas Hujan. Masa ni lah baru aku sempat mencelah masuk dalam. Baru lah ada ruang. Pastu diikuti oleh Dejavoodoospell (aku xsure lah ejaan dia macam mana. Sape2 leh tolong betul kan x?) yang pasti pronounce dia memang cam gitu. Dia orang ni memang hero habis. Tabik spring aku dibuatnya. Ni pun ada skit je pic yg dapat amik malam tu. Mari kite kongsi bersama
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Jan-2008 08:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Azwan The Transmaniac
|
|
Mamat ni memang lah gile Trans. Kalu korang gi tengok koleksi dia mesti ternganga la sekejap. Nasib baik aku tak ternganga. Sebab aku ni jenis cool Ni kawan aku Pak Wan. Nampak tak muka dia? Alaa yang kanan skali tu..bukan Op. Belakang Op.hehe,,blur muka dia,,,Hobinya mengumpul Transformer. Dari siries movie sampai la ke koleksi G1. Cakap je. Semua ada. Kalu xde. Lepas ni ada la tu. Tapi aku duk berkenan kat Optimus Prime G1 dia tu. Mak aih..memang la rare..tak terkata. Ni pun ada la skit pic yang aku amik masa kat bilik dia. Di kesempatan ni jugak aku nak wish kat Pak Wan Selamat Pengantin Baru. Rasa tak terlambat lagi kot. Sory tak sempat datang rumah ye hari tu. Biasa la, aku pun menjayakan orang kawin gak. hehe, Peace
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Nov-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Reception Nizam & Hana
|
|
Nizam abang kepada Cik Yana yo...bersama dengan wife nya. Hana. Kali ni update entry agak cepat..setelah menyedari betapa pentingnya untuk meng-update-kan gambar-gambar client..selepas ni saya janji akan meng-update-kan dengan secepat mungkin untuk tatapan kamu semua..Update kali ni hasil dia saya rasa tipu muslihat nya agak berat sikit lah. Time tu mood tengah lain..Ok la kut...Malam ni appointment nak gi jumpe Yana ni..Sian dia..Selalu call saya busy je..FenDepp nak ikut?? Ayuhh...
CLICK-CLICK PHOTOGRAPHY
016-203 0351
irymagreco@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 14-Nov-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Wedding Shah & Atul
|
|
Mula-mula nak wat photo session ni. Ingatkan Shah mana lah. Rupa-rupanya Shah ni. Memang tak biasa sangat ngan Shah ni. Selalu nampak muka dia, just senyum-senyum cam tu je. Last-last saya ditugaskan untuk shoot wedding dia. Semasa wedding ni saya telah bekerjasama dengan Cik Yana dari Diana Gallery. Semuanya smooth belaka. Sangat senang bekerja dengan Cik Yana. En. Shah pun suka je dengan hasil gambar.
Testi dari En. Shah.]
"Saya ingin mengucapkan sebab memberikan hasil fotografi yang terbaik dan amat memuaskan hati. Ramai orang puji dan rasa tak percaya yang gambar diambil first class"
Kepada Shah & Atul dan Diana Gallery...
Terima kasih kerana kepercayaan yang diberi.!!
CLICK-CLICK PHOTOGRAPHY
016-203 0351
irymagreco@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-Nov-2007 11:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Akhirnya Zack & Ude
|
|
First sekali thanks to Abg. Zack dan Ude kerana sudi menerima photo session saya ni. Walaupun berpeluh sakan dengan keadaan cuaca panas tetapi muka mereka tetap cool. Saya je yang menggelabah abis. Nasib baik ditemani rakan-rakan untuk shoot sekali. Saya akan ingat apa yang berlaku ke atas saya ini. Walaupun saya tak mintak bende ni berlaku, ia berlaku juga di luar jangkaan saya. Tidak dilupakan juga Baby yang banyak membantu dalam photo session ni. Saya hargai jasa anda. Masih berhutang rm10 eh?? Halal lah eh B..hik3..TQ Baby. Dan juga Sally Ali dan Nizam yang sudi memberi ruang untuk indoor shooting. Tanpa ruang anda, agak sukar untuk mencari ruang yang lain. Peace to Sally!! Thanks to all!!
CLICK-CLICK PHOTOGRAPHY
016-203 0351
irymagreco@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 10-Nov-2007 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Reception Abang & Aini
|
|
Entry ni pun lambat gak. Sorrry ya Bang..Sebenarnya reception mereka ni pada 25 Ogos 2007. sekarang?? Dah November..Tapi gambar diorang dah lama dah siap..Cuma nak uploadkan kat fotopage je lambat..Abang & Aini memang sporting abis lah wat outdoor shooting. Amacam? Best tak rumput hijau tu?? Best gile kan baring atas rumput tu...macam baring atas karpet je rasanya..tapinya panas kan..sian dia.. So result dia..inilah rupenya. Sekian
Click-Click Photography
016-2030351
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Nov-2007 05:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Reception Husna & Za'ba - LKNP
|
|
Entry tuk Husna & Za'ba lambat gak nak di upload kan...maaf ya cikgu Husna. Oleh kerana kesibukan yang melanda untuk menyiapkan asigment yang ditugaskan,,terpaksalah mengikut turn..sampai mak pun call dah tanya,,hehehe..segan jugak,,apa-apa terima kasih ya cikgu Husna & cikgu Za'ba..salah silap terlebih terkurang harap di ampun..
** Sebenarnya date tuk reception cikgu Husna ni 18 Ogos 2007..Lambat kan...sorry
|
|
|
|